Thursday, January 21, 2016

Kursus i-Top

Kursus Transformasi Organisasi INTAN Wilayah Utara (iTOP) telah diadakan pada 18 hingga 20 Januari 2016 di Pulau Pangkor, Perak. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memupuk semangat bekerja secara berpasukan, meningkatkan motivasi dan kecemerlangan diri serta menyumbang secara efektif kepada visi dan misi organisasi.
Seramai 70 orang warga INTURA termasuk YBrs.Pengarah INTURA telah menyertai kursus yang dikendalikan oleh konsultan jemputan daripada Explora Malaysia yang melibatkan aktiviti secara berpasukan di Pulau Pangkor.
Pelbagai aktiviti yang melibatkan pasukan seperti problem solving, orienteering, memukat ikan dan war game telah diaplikasikan sepenuhnya oleh konsultan sepanjang sesi ini berlangsung.

Secara keseluruhannya, selain dapat memupuk semangat kerjasama, kursus ini secara tidak langsung dapat menyatukan setiap unit di INTURA dan mengeratkan ukhuwah sesama warga INTURA. 















No comments: