Sunday, October 23, 2016

Wacana Bajet 2017

Bajet 2017 telah dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober 2016, bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ memfokuskan kepada kebajikan bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) supaya dapat mengharungi cabaran globalisasi.

Bagi mengupas hala tuju bajet, peranan penjawat awam dalam membantu merealisasikan agenda Bajet 2017 dan peluang yang boleh direbut melalui bajet ini, INTAN Wilayah Utara telah menganjurkan seminar Wacana Bajet 2017 pada 27 Oktober 2017 bertempat di Dewan Jubli Perak. Seramai 179 peserta berdaftar yang terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai jabatan persekutuan dan negeri sekitar wilayah utara telah hadir dalam seminar ini.

Objektif utama seminar ini adalah supaya peserta memahami fokus dan hala tuju kerajaan dalam Bajet 2017, mengenal pasti fungsi dan peranan sebagai penjawat awam dalam membantu kerajaan mencapai objektif Bajet 2017, dan mengenal pasti peluang yang disediakan dalam Bajet 2017 untuk mencapai kesejahteraan rakyat.

Kupasan tentang tajuk Bajet 2017: Merealisasikan Komitmen Kerajaan Kepada Rakyat telah dibentangkan oleh Encik Mohd Hassan bin Ahmad, Ketua Seksyen, Seksyen Risiko & Hutang, Bahagian Fiskal dan Ekonomi (FED), Kementerian Kewangan Malaysia.

            
Seminar ini diharap dapat menjadi wadah perkongsian ilmu dan memperlengkapkan pengetahuan penjawat awam mengenai fokus kerajaan dalam Bajet 2017 dan fungsi penjawat awam sebagai tunggak kepada jentera penggerak pencapaian matlamat negara.
















No comments: