Pembinaan InCube di INTAN Wilayah Utara memakan masa selama lima bulan
untuk disiapkan dan kini dalam proses penilaian dan perakuan siap kerja. InCube
yang dibina dari kontena ini mengandungi empat elemen iaitu Giant Ladder,
Via Ferrata, Abseiling, dan Dark Tunnel Maze. Pembinaan InCube
adalah berdasarkan Adventure and Experiental Learning di mana
elemen-elemen yang dibina dapat memberi peluang kepada pasukan untuk mencabar
diri mereka sendiri, keluar dari zon selesa, dan bergantung kepada sokongan
ahli-ahli kumpulan untuk keselamatan mereka.
Sebelum InCube dibuka untuk
kursus-kursus pengukuhan pasukan di INTURA, satu latihan penggunaan InCube
untuk 24 orang fasilitator INTURA telah dijalankan pada 29-31 Oktober 2016.
Latihan ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang Prosedur Operasi Standard
(SOP) mengenai pengenalan, peralatan
keselamatan, prosedur keselamatan, pemasangan tali keselamatan, jenis-jenis
halangan, kaedah operasi, perancangan kecemasan, pemeriksaan dan
penyelenggaraan bagi semua elemen di InCube. Latihan diberi secara teknikal dan
praktikal oleh jurulatih dari Explora Malaysia Sdn. Bhd. Selain itu, ujian
bertulis turut dijalankan bagi menguji kefahaman peserta mengenai InCube.
No comments:
Post a Comment