Friday, June 7, 2013

DBP puas hati audit bahasa di jabatan kerajaan

BESUT 7 Jun - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berpuas hati dengan kerja Audit Bahasa yang dilakukannya ke atas kementerian, jabatan dan agensi kerajaan setakat ini yang diyakini memberi manfaat kepada DBP dan pihak diaudit.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, usaha itu akan diteruskan sehingga semua jabatan dan agensi kerajaan termasuk di peringkat negeri, diaudit.

DBP baru sahaja menyelesaikan audit ke atas Jabatan Perkhidmatan Awam mengikut jadual yang ditetapkan dan akan ke Kementerian Pendidikan selepas ini, katanya kepada Bernama, di sini hari ini,

Audit bahasa itu akan diteruskan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebelum menjelajah ke setiap negeri.

Menurut Awang, DBP akan mengeluarkan laporan apabila proses audit itu selesai dilakukan pada 2014.
Laporan itu akan menyatakan prestasi penggunaan bahasa pihak yang diaudit bagi tujuan penambahbaikan dan lain-lain, katanya. - BERNAMA

UTUSAN MALAYSIA

No comments: