Wednesday, June 12, 2013

Pegawai Tadbir Agama naik gred

KOTA BHARU 11 Jun - Kerajaan bersetuju untuk menaik taraf gred perkhidmatan Pegawai Tadbir Agama Daerah dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan, seterusnya mengembangkan syiar Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peranan dan fungsi golongan tersebut amat penting untuk meningkatkan ilmu agama serta kerohanian umat Islam di peringkat daerah, khususnya akar umbi.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima cadangan terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan staf bawahan.

"JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) telah meluluskan cadangan itu berdasarkan dua skim iaitu kategori A di daerah-daerah terpilih, akan memiliki lima perjawatan iaitu seorang pegawai gred S48, S41 (dua orang), S32 dan S27.

"Kategori B pula akan memiliki tiga pegawai iaitu seorang pegawai S44, S27 dan S17 sebagai pembantu kumpulan sokongan di pejabat agama daerah masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.


UTUSAN MALAYSIA

No comments: