Program
JPA4U@INTURA : Kem Kerjaya Anak Angkat telah dianjurkan oleh INTAN Wilayah Utara dengan kerjasama Jabatan
Tenaga Kerja Negeri Kedah pada 16 Jun 2015. Objektif program ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada para pelajar tentang peluang kerjaya dan keperluan pasaran
kerja pada masa kini. Selain daripada itu para pelajar juga didedahkan dengan
konsep dan tujuan temuduga dijalankan dan tips untuk menjalani ujian /
temuduga.
Selain daripada itu, para
pelajar turut berpeluang ke Pusat Sains Negara, Cawangan Wilayah Utara di Alor
Setar. Para pelajar turut di dedahkan
tentang kepentingan sains dan teknologi dalam menempuh cabaran masa kini.
Secara keseluruhannya program
ini banyak membantu para pelajar membina sahsiah dan keyakinan diri dalam
berkomunikasi. Para pelajar juga dapat menjadi agen dalam membantu menyebarkan
maklumat yang diperolehi di sekolah masing-masing.
No comments:
Post a Comment