Beliau berkata, kajian mendapati lebih 85 peratus rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka terima daripada program yang ditransformasi oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

"Masih terdapat 15 peratus yang boleh ditambah baik dan dipertingkat namun kita harap bukan sahaja jabatan dan agensi kerajaan menambah baik perkhidmatan dan 'delivery' ini kepada rakyat malah ia harus disesuaikan dengan beberapa kekangan yang mungkin dihadapi oleh rakyat.

"Namun terdapat beberapa duri dalam daging di kalangan 15 peratus ini yang tidak berpuas hati kerana mungkin mereka mempunyai matlamat tertentu untuk merendahkan dan memperlekehkan perkhidmatan terbaik yang dibuat oleh jabatan dan agensi kerajaan ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Parlimen Bagan Datoh dan Pelancaran Jom JPJ Bersama Mu di perkarangan Wisma UMNO di sini hari ini.

Bernama Online