Monday, December 7, 2015

Seminar Kelestarian Keselamatan Negara

Seminar Kelestarian Keselamatan Negara merupakan salah satu program untuk membincangkan isu-isu berkaitan patriotisme dan keselamatan negara. Seminar ini bertindak sebagai medan wacana yang menyalurkan maklumat sahih dari sumber yang tepat mengenai isu-isu berkaitan kepada penjawat awam. Penganjuran seminar ini adalah selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri agar warga perkhidmatan awam diberikan penerangan mengenai maksud jihad yang sebenar dan aplikasinya dalam konteks kontemporari.

Seminar Kelestarian Keselamatan Negara di INTAN Wilayah Utara yang bertemakan ‘Sehati Sejiwa Mendepani Ancaman Keselamatan Negara’ telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Disember 2015 bertempat di Dataran INTURA. Seminar di INTURA merupakan seminar terakhir bagi tahun 2015 selepas penganjuran awalnya di INTAN Bukit Kiara pada 16 April 2015 dan diperluaskan ke kampus-kampus lain iaitu di INTAN Wilayah Selatan, INTAN Sarawak, INTAN Wilayah Timur, dan INTAN Sabah.

Seminar ini telah dihadiri oleh 396 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dan pelajar universiti dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan Perak. Sesi Forum: Mencerna Konotasi Jihad dan Ekstremisme telah menampilkan tiga orang panel iaitu YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Prof. Mahamad Naser Disa dari Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), dan YBhg. SAC Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay dari Polis Diraja Malaysia manakala YBrs. Dr. Jafri Abdul Jalil dari INTAN Bukit Kiara bertindak selaku moderator.


Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hadir sama YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Pengarah INTAN Malaysia dan Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan INTAN.














No comments: