Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, persepsi negatif itu berlaku ekoran sikap kakitangan awam yang tidak peka terhadap interaksi hidupan dan masyarakat setempat, khususnya di kaunter khidmat pelanggan.

“Kakitangan awam tidak sensitif dengan interaksi tersebut berbanding pegawai swasta menyebabkan orang ramai mengatakan pekerja kerajaan lambat dan tidak ambil peduli walaupun melihat barisan panjang.

“Apabila ditanya, mereka beri alasan tidak cukup kakitangan, tetapi kenapa selepas aduan dibuat kepada pengarah, kita lihat pegawai kaunter boleh bertambah kepada empat dan urusan dipercepatkan,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Program Gegar #myGST4U Peringkat Kementerian dan Jabatan serta 1Pesara di sini hari ini.

Utusan Malaysia Online