Program
JPA4U@INTURA ini bertepatan dengan teras keempat kerangka transformasi JPA
iaitu jalinan kerjasama dan penglibatan untuk melahirkan perkhidmatan awam yang
berprestasi tinggi dan berjiwa rakyat selain daripada memberi peluang kepada
rakyat untuk mendampingi agensi-agensi awam dengan lebih dekat. Antara objektif
lain program ialah memberi kesedaran tentang kepentingan menghargai alam
sekitar dengan mewujudkan persekitaran yang lebih ‘mesra alam’ melalui aktiviti
mengitar semula bahan terpakai.
Program ini
juga dapat memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman inter-generasi kepada penjawat awam, golongan belia dan pihak luar
khususnya mengenai peranan dan fungsi organisasi kerajaan dalam menangani
cabaran semasa. Selain itu, program ini dapat menyediakan ruang untuk
masyarakat berinteraksi dengan agensi kerajaan dan menjadikan INTAN sebagai
tempat jaringan kerjasama agensi kerajaan, non-government organisation (NGO)
dan masyarakat setempat serta secara tidak langsung dapat menyediakan platform
kepada agensi yang berkaitan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada
masyarakat dengan lebih berkesan.
Bersempena penganjuran Program JPA4U@INTURA ini juga,
pelbagai aktiviti telah dilaksana bagi memeriahkan program tersebut. Antara
aktiviti yang dijalankan seperti pameran, demonstrasi dan jualan produk yang
melibatkan pelbagai agensi awam, badan berkanun dan swasta.
Program JPA4U@INTURA ini telah dilaksanakan pada 9 November
2014 bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Program ini
mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 1300 orang telah hadir
memeriahkan program ini yang terdiri daripada penjawat awam, Pelatih Kolej
Kejururawatan Sungai Petani, belia, pelajar Kolej Komuniti, pelajar sekolah
menengah dan sekolah rendah, kakitangan swasta, NGO dan orang awam.
Program
JPA4U@INTURA melibatkan tiga aktiviti yang dijalankan serentak di tiga lokasi
sekitar kampus. Aktiviti utama berlangsung di Dataran INTURA yang bermula dari
jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Acara utama
di Dataran INTURA ialah Perasmian JPA4U@INTURA pada jam 2.45 petang oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam.
Antara
intipati ucapan Tan Sri KPPA dalam program tersebut ialah penjawat awam
seharusnya memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam sentiasa relevan,
bertaraf antarabangsa dan selari dengan peredaran zaman. Selain itu, beliau
juga menekankan bahawa pemimpin yang ideal sentiasa berubah untuk kebaikan dan
berusaha untuk mencorak pembangunan negara dengan baik supaya rakyat dapat
merasai kemanisan di bawah kepimpinannya. Akhir sekali beliau berharap penjawat
awam dapat memahami dan mengaplikasikan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan
berpandukan lima teras strategik Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam
yang telah diperkenalkan.
YBhg. Tan Sri KPPA juga turut melapangkan masa untuk
menyempurnakan majlis pelancaran JPA4U@INTURA yang bertemakan ‘Lestari Alam”
atau Go Green. Program ini dihadiri oleh pegawai dari organisasi awam
dan swasta di wilayah utara, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), belia,
sekolah, serta masyarakat sekitar.
Di sekitar
Dataran INTURA, pelbagai program dan aktiviti dijalankan antaranya Demonstrasi
Menangkap Ular oleh Jabatan Pertahanan Awam(JPAM), Ceramah Penyalahgunaan Dadah
oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ceramah Percukaian oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN), Ceramah Tatarias Wajah, Pertandingan Memasang Khemah dan
Pertandingan Mewarna. Kesemua aktiviti ini melibatkan penglibatan pelbagai
peringkat umur.
Sejurus tamatnya Perasmian JPA4U@INTURA, program diteruskan
dengan Program Istimewa Bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar
Shukor. Dalam sesi ini beliau berkongsi pengalaman sebagai seorang angkasawan.
Antaranya beliau menceritakan detik-detik pengalaman beliau pada 10 Oktober
2007 lalu, apabila kapal angkasa Soyuz TMA-11 yang ditumpangi oleh tiga orang
penumpang Komander Peggy A. Whitson dari Amerika Syarikat, Jurutera Penerbangan
Yuri Malenchenko dari Russia dan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sendiri
telah melonjak meninggalkan bumi dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan.
Kesimpulannya keseluruhan program yang dirancang telah
berjalan dengan lancar dan jayanya. Semua pihak yang terlibat memberikan
kerjasama serta komitmen yang baik dalam menjayakan program ini. Dengan bantuan
dan perkongsian sumber serta kesepakatan yang diberikan dapat meningkatkan
kerjasama strategik di antara agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan
kerajaan (NGO) untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Selain
itu, sikap keterbukaan dan mudah didekati dapat dipupuk dalam kalangan penjawat
awam agar rakyat berasa selesa untuk berhubung dan berinteraksi dengan agensi
kerajaan. Akhir sekali program JPA4U@INTURA ini dapat meningkatkan legitimasi
kerajaan dengan cara menambah lebih ramai kepimpinan komuniti di peringkat
tempatan yang antara lain berperanan menyedarkan rakyat mengenai aktiviti yang
dijalankan oleh agensi kerajaan.
YBhg. Dato’ Redza Rafiq sedang menyampaikan ceramah bertajuk
Kepelbagaian Generasi Realiti dan Cabaran
di Wacana Transformasi Kepimpinan Muda
Demontrasi menangkap ular oleh JPAM di Dataran INTURA Sempena Program JPA4U@INTURA
Beberapa peserta sedang mencuba kebolehan memasang khemah dalam Pertandingan ‘Teamwork’ di Booth Pameran INTURA sempena Program JPA4U@INTURA
Beberapa pelajar sekolah sedang dibantu oleh Pegawai INTURA dalam aktiviti Kreativiti dan Penyelesaian Masalah
Ustaz Mohammad Syaari Abd Rahman sedang meyampaikan ceramah bertajuk
Memperkasa Perhubungan Inter-Generasi : Merapatkan Jurang Perbezaan
di Wacana Transformasi Kepimpinan Muda
Orang awam memenuhi ruang Pameran informasi dan jualan barangan Angkasawan Negara di Bilik Abdullah Munshi
Peserta sedang mencuba menggunakan peralatan Simulasi penerbangan untuk merasai pengalaman memandu pesawat secara simulasi
Perkongsian pengalaman bersama Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sempena Program JPA4U@INTURA
Demontrasi ketrampilan diri disampaikan oleh Puan Siti Fairus sempena Program JPA4U@INTURA
Demontrasi muzik menggunakan peralatan kitar semula yang dimainkan oleh kumpulan Stargazer
Tetamu Kehormat yang hadir semasa Majlis Perasmian JPA4U@INTURA ialah Tan Sri KPPA, Pengarah INTAN Malaysia dan Dato’ G. Subramaniam dari Kementerian Kewangan Malaysia
YBhg. Pengarah INTAN menyampaikan ucapan aluan sempena Majlis Perasmian JPA4U@INTURA
Tetamu yang hadir sempena Majlis Perasmian JPA4U@INTURA di Dataran INTURA
YBhg. Tan Sri KPPA menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Perasmian JPA4U@INTURA
Pelajar Tadika Perpaduan INTURA memberikan replika bumi kepada YBhg. Tan Sri KPPA sebagai simbolik untuk “selamatkan bumi” sempena pelancaran Go Green
Gimik Pelancaran JPA4U@INTURA oleh YBhg. Tan Sri KPPA yang bertemakan Go Green
YBhg. Tan Sri KPPA memasukkan barangan yang boleh dikitar semula ke dalam tong kitar semula
YBhg. Tan Sri KPPA menyumbangkan hasil jualan barangan kitar semula ke Tabung Go Green INTURA
YBhg. Tan Sri KPPA melawat ke Booth Pameran dan Gerai Jualan yang dikendalikan oleh Lembaga kemajuan Pertanian Muda (MADA)
YBhg. Tan Sri KPPA melihat peralatan yang digunakan untuk aktiviti teambuilding di Booth Pameran INTURA
YBhg. Tan Sri KPPA menandatangai Buku Tetamu INTURA sempena Program JPA4U@INTURA
Pengarah INTAN menyampaikan Album kepada YBhg. Tan Sri KPPA sebagai cenderamata sempena Program JPA4U@INTURA
Berkongsi pandangan tentang foto memori aktiviti YBhg. Tan Sri KPPA di INTURA
Anggota Bomba bersalaman dengan YBhg. Tan Sri KPPA ketika Tan Sri melawat ke Booth Pameran Bomba
YBhg. Tan Sri KPPA melawat Bas Bergerak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dipenuhi produk pertanian
YBhg. Tan Sri KPPA melawat Bas Pameran Penjara