Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, tawaran itu bertujuan memudahkan lagi urusan tersebut memandangkan Angkasa sudah mempunyai pangkalan data maklumat peribadi kira-kira 1.3 juta penjawat awam di seluruh negara ketika ini.

"Angkasa sudah berpengalaman sejak tahun 1971 dalam menguruskan pelbagai transaksi kewangan dan ketika ini kita menguruskan sebanyak 3.2 juta akaun dengan nilai transaksi sebulan lebih RM1.1 bilion.

"Jadi, kita harap tawaran ini akan diterima Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama PTPTN agar lebih banyak pinjaman dapat dikutip seterusnya dimanfaatkan semula untuk kemajuan pendidikan pelajar yang lain," katanya kepada pemberita di sini.

Baru-baru ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal berkata, semua penjawat awam diwajibkan membuat potongan gaji bagi membayar balik pinjaman (PTPTN) dan tiada alasan untuk mengelak dari berbuat demikian.

Utusan Malaysia Online