Seramai 50 orang anak yatim dari
sekitar Daerah Kuala Muda telah dijemput dan diraikan dalam Majlis Iftar INTAN
Wilayah Utara pada 4 Julai 2015 bertempat di Dewan Jubli Perak, INTURA.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr.
Mazlan Yusoff, Pengarah INTAN Malaysia bersama-sama isteri beliau.
Majlis ini dimulakan dengan Tazkirah Ramadhan yang telah
disampaikan oleh YBrs. Dr. Jazmi Md Isa, Pensyarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada jam 6.30 petang bertempat di
Surau Al-Falah.
Sejurus selepas Tazkirah Ramadhan, YBhg. Dato’ Dr. Mazlan
Yusoff pula menyampaikan amanat beliau dan berkongsi idea dan pandangan
sekaligus memberikan motivasi kepada anak yatim yang diraikan. Beliau turut
menyumbangkan duit raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak warga INTURA.
Seterusnya para jemputan dan warga INTURA serta ahli keluarga
meraikan anak yatim di Dewan Jubli Perak untuk Majlis Iftar. Para jemputan
kemudiannya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau
Al-Falah INTURA. Majlis diakhiri dengan jamuan moreh bersama Pengarah INTAN.
Program ini secara tidak langsung dapat mengujudkan pasukan
keluarga besar yang terdiri dari warga dan keluarga. Program ini juga merupakan
medium untuk bertukar pandangan antara Pengarah INTAN dan warga INTURA waktu
yang terbatas untuk berkongsi pandangan pada waktu kerja biasa.
Warga INTURA mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg.
Dato’ Dr. Mazlan dan isteri kerana dapat meluangkan masa bersama warga INTURA
dan anak-ayak yatim sekitar Kuala Muda dalam Majlis Iftar kali ini. Diharapkan
program yang melibatkan keluarga besar sebegini dapat diteruskan lagi pada masa
hadapan.
No comments:
Post a Comment