Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKI) INTAN Wilayah Utara telah
menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk yang melibatkan seluruh warga INTURA.
Program ini telah diadakan pada 7 Julai 2015 sempena Ramadhan
Al-Mubarak.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan
hubungan sesama warga INTURA dan untuk perkongsian pandangan bagi program yang
bakal dijalankan di INTURA. Antara pengisian program ini adalah gotong royong
penyediaan bubur lambuk dan edaran kepada warga INTURA dan pekerja
swasta/kontrak di INTURA.
Pihak pengurusan dan KESKI INTURA merakamkan setinggi
penghargaan kepada warga INTURA yang banyak membantu dalam memastikan aktiviti
ini dapat berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment