Pada 30 Julai 2015 telah berlangsung Majlis Sambutan
Aidilfitri Tahun 2015 bertempat di perkarangan foyer pentadbiran, INTAN Wilayah
INTURA. Majlis ini dijalankan secara dalaman yang melibatkan lebih kurang 150
orang yang terdiri daripada warga INTURA dan pekerja swasta / kontrak INTURA.
Majlis ini di mulai dengan program Synchronization Of Mind (SOM) di Dewan Jubli Perak pada jam 9.00
pagi. Antara pengisian majlis ini adalah amanat dari YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul
Hamid, Pengarah INTAN Wilayah Utara. Di dalam amanat beliau, YBrs. Dr. Zurina
menekankan tentang semangat pasukan (team
spirit) yang perlu diterapkan dalam apa jua urusan yang dijalankan. Beliau
juga turut berkongsi tentang perancangan aktiviti pada masa hadapan yang
sedikit sebanyak menjurus kepada 5 teras strategik JPA.
Selesai majlis SOM, warga INTURA bersama-sama pekerja swasta
/ kontrak meneruskan aktiviti jamuan hari raya sehingga jam 1.00 petang.
Secara keseluruhannya majlis ini secara tidak langsung dapat
merapatkan hubungan antara warga INTURA dan peserta kursus. Sekalung tahniah
diucapkan kepada semua di atas kerjasama dalam penganjuran majlis ini.
No comments:
Post a Comment