Selain
daripada melaksanakan program latihan kepada anggota penjawat awam. INTAN
Wilayah Utara juga telah melaksanakan program perkongsian maklumat kualiti
(Q-Share) sebagai salah satu cara untuk berkolaboratif dan menyebarluas
jaringan kerja antara agensi awam dan swasta.
Untuk sesi
Q-Share kali ini INTURA telah menerima kunjungan dari Suruhanjaya Koperasi
Malaysia, Cawangan Negeri Kedah pada 30 Jun 2015. Sesi ini telah dihadiri oleh
9 orang wakil dari Suruhanjaya Koperasi dan 7 orang jawatankuasa EKSA INTURA.
Wakil dari
Suruhanjaya Koperasi telah diberi taklimat ringkas mengenai kaedah perancangan,
pengorganisasian dan pelaksanaan EKSA
oleh En. Norshuhaidy bin Shabudin.
Selain itu, perkongsian idea turut
dijalankan bersama Jawatankuasa EKSA INTURA untuk meningkatkan lagi kefahaman
mengenai EKSA dan membentuk jaringan kerjasama bagi memudahkan pelaksanaan EKSA
di agensi kelak.
No comments:
Post a Comment