Monday, July 13, 2015

Program Ukhwah Warga (Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran)

Jawatankuasa Surau INTURA telah menganjurkan Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran yang telah diadakan pada 12 Julai 2015 bertempat di Surau Al-Falah, INTAN Wilayah Utara.
Program keagamaan ini antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga tentang amalan yang disunatkan pada bulan Ramadhan.

Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.
Mengikut riwayat Ibnu Abbas R. A :

“Nabi Muhammad S.A.W. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang”.
(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)


YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul Hamid, Pengarah Wilayah Utara turut sama bertadarus bersama warga INTURA dan menyampaikan cenderahati kepada semua yang terlibat.














No comments: