Tuesday, August 18, 2009

Penjawat Awam Berijazah Tak Naik Pangkat

JABATAN Perkhidmatan Awan (JPA) berjanji membantu penjawat awam peringkat bawahan yang ingin mendapatkan kenaikan pangkat dengan meneruskan pembelajaran mereka. Di samping meningkatkan taraf diri, secara tidak langsung menaikkan taraf perkhidmatan awam berdasarkan slogan ‘pembelajaran sepanjang hayat’.Maka ramailah kakitangan sokongan perkhidmatan awam yang menyahut seruan ini selepas kami berjaya mendapat ijazah di atas perbelanjaan sendiri walaupun terpaksa berhutang.Maklumlah satu pengajian peringkat ijazah memerlukan kos perbelanjaan tidak kurang RM20,000, manakala pendapatan kami hanyalah RM1,500 sebulan yang dikategorikan sebagai pendapatan rakyat termiskin.Kami pula mempunyai beberapa anak pada masa itu. Ibu bapa pula memerlukan bantuan perubatan kerana sakit tua serta pelbagai penyakit lain.Bagi pegawai dan pembuat dasar pentadbiran, mereka tidak melalui keperitan ini kerana mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas serta pelbagai kemudahan lain.Mereka melupakan janji membantu kami dengan mengarahkan kami yang memiliki ijazah supaya bersaing dengan pemohon baru untuk mendapatkan kenaikan pangkat.Kami tidak mampu menyaingi mereka yang memperoleh keputusan lebih baik, muda dan lebih berketrampilan daripada kami yang sudah tua dan kurang berkeupayaan.Oleh itu, kami memohon supaya diberi sedikit kelonggaran untuk kenaikan pangkat dengan sokongan ketua jabatan melalui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam saja.Kami kecewa kerana ijazah dan usaha kami adalah satu penderaan. Malu juga kami yang mempunyai ijazah tetapi masih menjadi kerani tua sampai pencen.

BAKAL PESARA,
Ampang.

Berita Harian Online

No comments: