Saturday, August 22, 2009

Datuk Mazlan Othman Dilantik Ke Timbalan KP UNOV

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bekas ketua pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Datuk Mazlan Othman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Vienna (UNOV) mulai 19 Jun lepas, jawatan keduanya di badan dunia itu.Pada masa ini beliau bertugas sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas unit yang sama."Pelantikan Datuk Mazlan Othman sebagai Timbalan Ketua Pengarah UNOV, tambahan kepada jawatan sedia ada sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB di Vienna menandakan kepercayaan dan keyakinan masyarakat dunia terhadap keupayaannya melaksanakan kedua-dua jawatan penting dengan baik," menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan."Pelantikan Datuk Mazlan merupakan satu galakan kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencatat kecemerlangan di dalam negara dan antarabangsa," kata beliau.Mazlan bersara daripada perkhidmatan awam pada 2007.

Bernama Online

No comments: