Jame Alip (dua dari kiri) bersama Abu Bakar Hassan (dua dari kanan) diiringi Maimunah Suhaibul (kiri) semasa melakukan gimik pelancaran laman sosial Facebook JPNS di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
KOTA KINABALU 11 Dis. - Setiap jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini perlu mewujudkan satu laman sosial rasmi bagi memudahkan perhubungan antara jabatan terbabit dengan masyarakat.
Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Abu Bakar Hassan berkata, seiring dengan pembangunan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), penjawat awam tidak dapat lari untuk mengadaptasi ICT dan memanfaatkannya bagi memberikan perkhidmatan terbaik.
"Saya menyambut baik usaha Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang mengambil keputusan mentransformasikan jabatan itu dengan mewujudkan laman sosial sendiri.
"Generasi Y kini dan akan datang dilihat menggunakan laman sosial sebagai kaedah paling senang untuk memperoleh maklumat," katanya dalam Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Laman Sosial Facebook Rasmi JPNS di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip dan Timbalannya, Maimunah Suhaibul.
Dalam pada itu, Abu Bakar turut menasihati warga pendidik agar tidak menyalahgunakan laman sosial untuk perkara-perkara negatif.
Katanya, sebarang aduan, pertanyaan, perkhidmatan, komunikasi, dan maklumat boleh terus disalurkan tanpa menunggu waktu pejabat.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE
No comments:
Post a Comment