Program JPA4U : iLEAD-PARK Open Day @ INTURA telah
berlangsung pada 27 Februari 2014 bertempat di perkarangan iLEAD-PARK INTAN
Wilayah Utara. Program ini turut disertai oleh FAMA, JPJ Kedah, Pejabat
Kesihatan Daerah Kuala Muda, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Muda dan
Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda yang mengadakan pameran daripada
10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Antara aktiviti yang diadakan di sepanjang program ini ialah
Pameran Pendidikan Kesihatan, Program Pemeriksaan Kesihatan, Jualan Produk
FAMA, Program Skuad Muda 1 JPJ, Pammeran Bomba, Kempen Keselamatan Jalan Raya
dan Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Majlis Perasmian iLEAD-PARK yang bermula pada 3.30 petang
merupakan kemuncak program ini di mana majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Tan
Sri Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut
hadir di dalam majlis ini ialah YBhg. Dato' Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Dato' Mohtar Bin Mohd Abd. Rahman, Pengarah Bahagian
Perkhidmatan dan YBhg. Dato’ Mazlan Yusoff, Pengarah INTAN Malaysia.
Sejurus selepas perasmian, Tan Sri KPPA turut meluangkan masa
untuk meninjau dan mencuba aktiviti yang dijalankan di iLEAD-PARK. Tetamu yang
hadir turut mencuba elemen yang terdapat di iLEAD-PARK dan secara tidak
langsung dapat mempromosikan iLEAD-PARK di agensi masing-masing kelak. Pasukan
dari Pejabat SUK Kedah dan pelatih dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim
Sungai Petani turut menjadi peserta pada hari berkenaan.
Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Majlis Perasmian
Kursus Diploma Pengurusan Awam Bil. 1/2014 bertempat di Dewan Jubli Perak,
INTAN Wilayah Utara. Majlis ini turut diadakan secara sidang video (video conference) dengan INTAN Kampus Wilayah Timur dan INTAN
Kampus Wilayah Selatan. Sesi video
conference turut dijalankan secara dua hala di mana para peserta dari
kampus lain dapat berinteraksi dan bertanyakan pandangan Tan Sri KPPA.