Sunday, May 11, 2014

PELUANG KENAIKAN PANGKAT LEBIH BAIK BAGI SKIM PERKHIDMATAN TERTUTUP - KSN

BATU PAHAT 11 Mei - Penjawat awam dalam skim perkhidmatan tertutup bakal menikmati peluang kenaikan pangkat lebih baik dan peluang-peluang lain selepas kajian semula terhadap skim perkhidmatan mereka selesai.

Mengumumkan demikian, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, untuk itu sistem kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang akan diperkenalkan.

Beliau mengakui wujud kekangan kenaikan pangkat bagi penjawat awam di dalam skim perkhidmatan tertutup kerana ia terhad kepada jawatan sedia ada.

``Peluang kenaikan pangkat dan sebagainya adalah terhad. Ramai yang tunggu di bawah kerana ia seperti sistem piramid.

``Mungkin yang dapat (kenaikan pangkat) satu dua tetapi yang lain tidak dapat walaupun mereka sama-sama berkaliber dan telah berkhidmat lama,'' katanya.

Ini akan cuba diatasi, kata beliau pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di sini hari ini

Bernama Online

No comments: