Thursday, August 7, 2014

Bengkel Pemantapan Integriti Pentadbiran Awam Negeri Kedah (Corruption Risk Management)

Bengkel Pemantapan Integriti Pentadbiran Awam Negeri Kedah (Pengurusan Risko Rasuah) Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah telah dijalankan di INTAN Wilayah Utara dengan penglibatan semua agensi kerajaan negeri di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darulaman.

Program ini berlangsung pada 5 hingga 7 Ogos 2014 dan merupakan kolaborasi antara Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (JITU) Negeri Kedah, INTAN Wilayah Utara (INTURA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Objektif program ini adalah untuk mempromosikan nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik di dalam sektor awam sekaligus menyokong inisiatif pencegahan rasuah oleh Kerajaan Malaysia dan SPRM.


Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini termasuklah penerangan mengenai “Kesalahan di Bawah Akta SPRM 2009”, “Pengenalan kepada Pengurusan Risiko Rasuah” dan “Kawalan Sistem”. Selepas selesai Sesi Penerangan pada hari pertama, peserta dibahagikan mengikut kumpulan agensi untuk menyediakan “Pelan Pengurusan Risiko Rasuah” dan dibentangkan oleh setiap kumpulan pada malam kedua program. Sesi Pembentangan dan Penggulungan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah telah dijalankan pada hari ketiga. Majlis Penutup program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abdul Aziz bin Hj. Md. Nor , Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan).















No comments: