Baru-baru ini, saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan.Kerani di pejabat itu menyuruh saya datang semula pada pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggunjawabkan pergi minum dan akan balik sekitar waktu itu.Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.Inilah antara masalah yang telah menjadi wabak dalam pejabat kerajaan.
Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 adalah waktu minum? Ini waktu pejabat bukannya kursus anjuran agensi kerajaan yang memang mewah dengan jadual makan minum sebanyak enam kali sehari.Namun inilah yang berlaku. Jika ditinjau di kedai makan sekitar waktu ini, kita boleh lihat ramai yang berpakaian pejabat minum dan berbual di situ.
Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat? Kami pelanggan yang memerlukan perkhidmatan anda mempunyai masa yang sangat berharga. Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan. CUEPACS jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya sejam di tengah hari.
Azrinaz
Petaling Jaya
Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment