Thursday, August 28, 2014

Lawatan Penandaarasan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

INTAN Wilayah Utara telah menerima kunjungan penandaarasan 5S dari Lembaga Hasil dalam Negeri, Sungai Petani Kedah pada 28 Ogos 2014. Seramai 20 orang wakil dari pelbagai unit telah hadir untuk mendalami konsep 5S dan melihat sendiri bagaimana warga INTURA mengaplikasikan konsep 5S darap urusan kerja seharian.

Antara pengisian lawatan termasuklah ceramah mengenai “Ekosistem Kondusif Sektor Awam” oleh En. Norshuhaidy bin Shabudin dan taklimat “Pengalaman dan Cabaran 5S” oleh Pn. Zahidah bt. Abdul Jalil selaku Penyelaras 5S INTURA.


Sejurus selepas ceramah, para pelawat telah dibawa meninjau sekitar Pentadbiran, Latihan, Pusat Sumber Maklumat dan Domestik untuk menimba pengalaman dan sesi perkongsian ilmu diberikan oleh Ketua Zon setiap unit berkenaan.


















No comments: