Thursday, August 7, 2014

PENYIAR MAHU PENERBIT SEBAGAI KP PENYIARAN

PERSATUAN Penyiar Kebangsaan Malaysia (Penyiar) ingin merujuk kepada tulisan pembaca yang menamakan diri PENYIAR TUA dalam ruangan forum Jumaat 25 Julai 2014.

Sebenarnya dalam soal perubahan siaran melibatkan radio dan TV pihak persatuan pernah menyuarakan melalui platform dalaman tetapi tiada sebarang respons positif diterima.

Ingin dinyatakan, kami tidak berdiam diri apabila jawatan Ketua Pengarah Penyiaran dan jawatan Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Rancangan) terbuka pada tahun 2009.Kami telah mengemukakan bantahan pada ketika itu bersama-sama Jawatankuasa Bertindak melalui CUEPACS dan ditujukan kepada Ketua Setiausaha Negara. 

Namun, keputusan pihak pengurusan tertinggi tidak menyebelahi kami. Berhubung jawatan Ketua Pengarah Penyiaran sekarang yang dijangka kosong tidak lama lagi, kami sedang mengambil inisiatif wajar bersama beberapa pihak bagi mempertahankan hak Penerbit Rancangan sebagai calon mengisi jawatan tersebut.

Harapan kami juga agar hak Penerbit Rancangan dapat dikembalikan sejajar dengan skop penerbitan rancangan dan penjadualan siaran adalah 'core business' RTM. Lebih-lebih lagi Jabatan Penyiaran adalah jabatan tertutup.
MOHD AZIMI KASSIM

Setiausaha Agung Penyiar

Utusan Malaysia Online

No comments: