Pada 19 Ogos 2014 telah berlangsung Majlis Sambutan
Aidilfitri Tahun 2014 bertempat di perkarangan bangunan domestik dan
pentadbiran, INTAN Wilayah INTURA. Majlis ini dijalankan secara dalaman yang
melibatkan lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada warga INTURA, peserta kursus
dan pekerja kontrak INTURA.
Disamping hidangan juadah hari raya, pertandingan gerai
makanan tercantik yang melibatkan peserta DPA dan unit-unit dalaman INTURA juga
turut dijalankan bagi memeriahkan suasana.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul
Hamid, Pengarah INTAN Wilayah Utara.
Secara keseluruhannya majlis ini secara tidak langsung dapat
merapatkan hubungan antara warga INTURA dan peserta kursus. Sekalung tahniah
diucapkan kepada semua di atas kerjasama dalam penganjuran majlis ini.
No comments:
Post a Comment