Tuesday, August 19, 2014

Bengkel Pemantapan Projek KIK Perkhidmatan Awam Negeri Kedah

Bengkel Pemantapan Projek KIK Perkhidmatan Awam Negeri Kedah telah berlangsung di INTURA pada 17 hingga 18 Ogos 2014.

Program ini merupakan kolaborasi Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah dan INTAN Wilayah Utara (INTURA) dengan penglibatan semua ahli  Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Negeri Kedah.

Program ini lebih merupakan kepada pemurnian projek kumpulan sediada dalam memastikan dokumentasi dan aliran projek mengikut  kriteria yang telah di tetapkan. Penceramah dari INTURA, En. Norshuhaidy bin Shabudin telah memberi penerangan tentang Konsep Kreatif dan Inovatif dalam melahirkan idea-idea baru manakala En. Abdul Aziz bin Yusof pula memberi penerangan tentang Konsep KIK secara keseluruhan.

Majlis Penutup program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul Hamid, Pengarah Kampus Wilayah Utara.















No comments: