Sunday, August 24, 2014

Program Kecergasan INTURA (i-Fit) 2014

Program Kecergasan INTURA (i-Fit) merupakan aktivi sukan dalaman yang dijalankan secara berkala setiap tahun. Program ini bukan sekadar  sukan semata-mata tetapi peluang untuk bertemu dan mengeratkan silaturrahim antara warga kerja tanpa mengira pangkat dan peringkat.

Program i-Fit pada tahun ini telah dijalankan pada 24 Ogos 2014. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Zurina bt. Abdul Hamid dan tema i-Fit pata tahun ini ialah Kearah Transformasi Kecergasan.


Antara pengisian i-Fit kali ini ialah majlis perlantikan pengurus pasukan, senamrobik, bolajaring dan bolatampar. Semua warga menggunakan peluang ini untuk bersama-sama bersukan dan program ini juga merupakan persediaan untuk Kejohanan Sukan Antara Kampus yang akan berlangsung di INTURA pada tahun ini.

















No comments: