Monday, March 7, 2016

Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Selepas berjaya memperoleh pensijilan Amalan 5S Sektor Awam daripada MPC pada 2011, INTURA kini sedang berusaha ke arah pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.
            Beberapa program telah diadakan ke arah pelaksanaan EKSA di INTURA, antaranya majlis pelancaran, gotong-royong, dan lawatan penandaarasan. Lawatan Penandaarasan EKSA ke Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra, Kedah telah diadakan pada 6 Mac 2015. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di IAB Cawangan Utara.
            Lawatan penandaarasan ini diketuai oleh Pn. Aishah Musa selaku Penyelaras  EKSA INTURA bersama 30 orang warga INTURA. Sesi taklimat dan perbincangan telah dikendalikan oleh En. Faudzi Saad, Ketua Jabatan Pengurusan Kualiti dan Inovasi, IAB. Seterusnya para peserta dibawa melawat ke sekitar bahagian dan unit di IAB untuk melihat amalan pelaksanaan EKSA di situ.

            Diharapkan dengan lawatan ini para peserta dapat  menimba sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di INTURA dan seterusnya berjaya memperoleh pensijilan EKSA.











No comments: