Anggota Jawatankuasa Parlimen Menangani Rasuah (JKMR) SPRM, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim mencadangkan penambahbaikan proses pengisytiharan harta dilakukan dan diperketatkan dengan maklumat tambahan seperti pendapatan keluarga dan yang berkaitan.
"Kita sedia maklum bahawa telah wujud satu sistem dan prosedur yang baik dalam memastikan setiap pegawai kanan yang terlibat melalui proses Tapisan Keutuhan SPRM. Kemungkinan ada kekurangan yang perlu diatasi agar proses tapisan keutuhan dijalankan dengan lebih efektif dan menyeluruh. Proses ini perlu diperketatkan lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Irmohizam yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor turut mengesyorkan agar keanggotaan lembaga kenaikan pangkat perkhidmatan awam dikaji dan disusun semula.
Jelasnya, proses kajian dan penyusunan semula itu boleh dilakukan dengan disertai hakim, ahli akademik, anggota Parlimen atau tokoh berwibawa negara bagi memastikan keberkesanannya.
JPA dalam kenyataannya pada Isnin (8 Jan) menjelaskan bahawa urusan pelantikan dan penempatan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam termasuk ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan tertakluk kepada tapisan keutuhan SPRM.
Bernama Online
No comments:
Post a Comment