Thursday, March 5, 2009

Perhimpunan Bulanan INTURA (Februari 2009)

Perhimpunan Bulanan INTURA bagi bulan Februari telah diadakan pada 18 Februari 2009. Perhimpunan kali ini telah dianjurkan oleh Kumpulan Wan Mat Saman yang diketuai oleh En. Norshuhaidy bin Shabudin.

Pengacara Majlis pada hari berkenaan ialah Pn. Saridah bt. Abdul Rahman dan bacaan doa telah diketuai oleh Tn. Hj. Azhar bin Omar.

Antara pengisian aktiviti perhimpunan bulanan pada kali ini ialah Amanat Pengarah Wilayah Utara, Majlis Perpisahan dan Tayangan Multimedia Pn. Hasmah bt. Hakim yang telah dinaikkan pangkat dan bertukar ke Jabatan Penilaian Harta Pulau Pinang.

Selain daripada itu penyampaian cenderahati telah diberikan kepada En Anuar bin Saad yang telah menerima cahayamata baru-baru ini. Acara memotong kek bersama pengarah juga telah diadakan bagi warga yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Januari dan Februari.


Amanat Pengarah

Penyampaian cenderahati kpd Pn. Hasmah

Tahniah kepada En. Anuar kerana mendapat cahayamata lagi..

Potong kek ramai-ramai bersama Pengarah

Koir INTURA

No comments: