KUALA TERENGGANU 29 Sept. - Penerapan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam khususnya di bawah agensi Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah penting bagi mengelak amalan rasuah.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Felcra disediakan peruntukan besar setiap tahun dalam usaha membantu masyarakat khususnya yang tinggal di luar bandar.
Sehubungan itu, tambah beliau, nilai integriti tersebut sangat penting bagi mengelak berlakunya 'ketirisan' (rasuah) serta cara kerja tidak baik dan sebagainya.
"Dengan adanya pemantauan dan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya yakin dapat memberi kesedaran kepada anggota dalam memberi perkhidmatan terbaik.
"Dalam masa sama, saya juga meminta SPRM membuat lawatan lebih kerap ke penempatan anggota-anggota ini bagi memastikan kita dapat memantau perjalanan perkhidmatan mereka sama ada terdapat peningkatan atau potensi untuk mengelak rasuah," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta ikrar integriti bersama SPRM di sini hari ini.
Dalam majlis itu, Ketengah diwakili Pengurus Besarnya, Wan Mat Amin Wan Daud manakala MARDI pula diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sharif Haron.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhammad; Pengerusi MARDI, Fadil Osman dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan.
Dalam pada itu, Sutinah dalam ucapannya berkata, SPRM sedia memberi bantuan khususnya dari segi latihan berkaitan kepada mana-mana agensi yang serius membanteras gejala rasuah.
"Dalam hal ini, kita akan membina pelan integriti untuk organisasi, membangunkan pelan pembangunan yang berisiko serta melatih pegawai-pegawai berkenaan.
"Saya juga menyarankan MARDI dan Ketengah mewujudkan unit integriti bagi memudahkan urusan ini," katanya.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Monday, September 30, 2013
Saturday, September 28, 2013
Terapkan budaya penambahbaikan dalam setiap organisasi
MOHAMAD Ridzwan Mohd. Tahar (berdiri, lapan dari kiri) bersama johan setiap kategori iaitu Bahagian Pengurusan Kualiti dan Latihan MPK dan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPK pada majlis Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pahang di Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang, kelmarin.
KUANTAN 27 Sept. - Semua ketua jabatan di negeri ini disaran menerapkan kaedah 'Pengurusan Lean' yang menggalakkan budaya penambahbaikan dan inovasi di dalam organisasi.Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pelaksanaan 'Pengurusan Lean' akan mencetuskan budaya kerja baharu yang seterusnya akan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan jabatan dan dalam masa sama dapat memenuhi kehendak pelanggan.
"Antara jabatan yang boleh dijadikan contoh dalam 'Pengurusan Lean' ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka.
"Selain pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), kaedah pengurusan ini dilihat lebih berkesan sebagai penggerak kepada inisiatif-inisiatif baharu kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Mohamad Ridzwan Mohd. Tahar sempena penutupan Konvensyen KIK Peringkat Negeri Ke-29 2013 di Bukit Gambang Resort City di sini semalam.
Sebanyak 27 kumpulan iaitu 13 kumpulan kategori pengurusan dan bakinya kategori teknikal membentangkan kertas kerja masing-masing sempena penganjuran kali ini.
Menurut Muhammad Safian, segala usaha perlu dilipatgandakan kerana hasrat kerajaan untuk mentransformasikan perkhidmatan awam memerlukan perubahan berskala besar dan drastik.
"Kita harus menggunakan momentum sedia ada untuk mencipta inovasi yang strategik, unik dan berkesan.
"Lebih penting lagi, kita harus keluar daripada budaya 'silo' masing-masing ke arah transformasi perkhidmatan awam yang menyeluruh dan berlestari," ujarnya.
Tambahnya, sebagai peneraju inovasi, setiap penjawat awam mestilah berani mencari penambahbaikan yang baharu, berani mempersoalkan amalan yang lazim diamalkan, malah berani mencabar status quo.
"Segala cetusan idea yang baharu atau pemikiran alternatif sebenarnya lahir daripada keyakinan ilmu yang kita bina dan amalkan.
"Di sinilah letaknya keunggulan dan martabat ilmu. Sesungguhnya kayu ukur kejayaan inovasi bergantung rapat dengan kekuatan ilmu dan setakat mana kita memanfaatkan ilmu tersebut," jelasnya.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Friday, September 27, 2013
Kamaruddin tamat kontrak KSU 4 Okt
PUTRAJAYA 26 Sept. - Datuk Seri Kamaruddin Siaraf yang tamat kontrak sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 4 Oktober ini, diraikan dalam majlis perpisahan hari ini.
Dalam ucapannya di majlis yang berlangsung di KKMM di sini, Kamaruddin berkata, sepanjang perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam, menjadi KSU KKMM adalah yang paling menyeronokkan.
Terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan kerana bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Saya akan terus membantu apa yang boleh untuk perkhidmatan awam selain bergiat aktif dalam badan kebajikan," katanya.
Majlis turut dihadiri Timbalan KSU (I) Datuk Dr. Rothiah Omar, Timbalan KSU (II) Datuk Che Azemi Haron, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Mohd. Ismail, Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.
Kamaruddin, 60, memulakan khidmat dalam Perkhidmatan Awam pada 1977 sebagai Pegawai Tadbir Tingkatan Biasa sebelum dilantik sebagai Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Pada 2007, beliau dilantik sebagai KSU Kementerian Penerangan (kini dikenali KKMM) sehingga bersara wajib pada 5 Mei 2011.
BERNAMA ONLINE

Sunday, September 22, 2013
Gred gaji penyelia Kemas sedang dikaji semula
SEREMBAN 22 Sept. - Kerajaan sedang mengkaji semula gred kenaikan gaji bagi jawatan penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, inisiatif tersebut bertujuan mengkaji semula kedudukan dan gred membabitkan penyelia dan penyelia kanan Kemas di seluruh negara.
"Kita mahu pastikan kenaikan gred ini diteliti secara mendalam supaya setimpal dengan keadaan semasa.
"Pihak kementerian telah berbincang bersama pihak Kemas dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara ini sekali gus memastikan ia diuruskan dengan baik,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis Perasmian Kompleks Komuniti Desa (KKD) Kampung Pantai, di sini malam tadi.

Saturday, September 21, 2013
Bahasa kebangsaan terus diperkasa dalam semua sektor perkhidmatan
DR. Ali Hamsa (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada Dr. Awang Sariyan (kanan) mengenai isi kandungan Kamus DBP selepas melancarkan Buku Kamus Melayu-Inggeris Dewan Bahasa pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa Pustaka ke-57 di Menara DBP, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Dr. Madinah Mohamad (kiri) dan Dr. Mohd. Salleh Yaapar
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terus dipertingkatkan dan seterusnya diperkasakan dalam sektor perkhidmatan awam, pendidikan, kewangan, tempat awam serta penyiaran.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, pelbagai usaha telah dan akan dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Jelasnya, antara usaha yang telah dilakukan termasuk melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan juga Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT).
"Malah kerajaan turut mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Sembilan Tahun 2011: Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.
"Selaras dengan perkara ini, saya beriltizam untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu terus ditingkatkan serta akan menyokong usaha meningkatkan penegasan penggunaan bahasa kebangsaan itu dalam sektor lain seperti pelancongan, pentadbiran serta pengurusan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-57 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta melancarkan Kamus Bahasa Melayu - Inggeris di Menara DBP di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Yaapar.
Mengulas lanjut, Ali turut memberitahu, usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sepatutnya bukan dipikul oleh DBP sahaja.
Katanya, tanpa sokongan serta penglibatan semua pihak segala usaha tidak mungkin membuahkan hasil yang memuaskan.
"Peranan masyarakat dalam usaha tersebut boleh ditunjukkan semasa sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada Oktober nanti.
"Penerapan bahasa dan sastera ke dalam jati diri masyarakat pasti akan menjadi benteng kukuh kepada usaha mempertahankan bahasa kebangsaan dan seterusnya menjamin kelangsungannya pada masa hadapan," ujarnya.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Thursday, September 19, 2013
UJIAN FIZIKAL DAN BMI PEGAWAI BERUNIFORM UNTUK JAGA IMEJ JABATAN - PENGERUSI SPA
PUTRAJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Syarat mewajibkan ujian fizikal dan Indeks Jisim Badan (BMI) untuk kenaikan pangkat pegawai beruniform harus diterima secara positif kerana ia mencerminkan imej keseluruhan jabatan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Tan Sri Mahmood Adam berkata SPA bukan sahaja memberi peluang kepada calon kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) tetapi pada masa sama memberi pertimbangan sewajarnya untuk semua calon.
"Ujian fizikal untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred N41 telah berlangsung dari 8 Sept hingga hari ini (19 Sept) melibatkan 18 pusat ujian di seluruh negara.
"Sejumlah 40,125 permohonan diterima dalam urusan pengambilan Pegawai Penguatkuasa Gred N41 bagi mengisi 16 kekosongan jawatan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan 22 jawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di SPA di sini Khamis selepas menghadiri mesyuarat membincangkan kenyataan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman semalam yang meminta SPA melonggarkan syarat ujian kenaikan pangkat secara lantikan untuk pegawai badan beruniform di sini Khamis.
Mahmood berkata daripada jumlah keseluruhan permohonan itu, hanya 12,129 calon layak mengikuti tapisan untuk dipanggil menghadiri ujian fizikal dan pancaindera (ujian mengenalpasti sama ada calon rabun warna dan pendengaran).
Calon yang berjaya akan ke peringkat temuduga yang diadakan sehari selepas ujian berkenaan, katanya.
Akhbar semalam melaporkan kenyataan Omar bahawa SPA tidak seharusnya membebankan calon berkelayakan tinggi dari segi pengalaman dan cara bertugas, dan pelaksanaan syarat wajib menduduki ujian BMI yang dikuatkuasa SPA sejak tiga tahun lalu dilihat seolah menyekat calon dinaikkan pangkat dan menikmati elaun pencen lebih bagus.
Mahmood berkata calon KPSL juga diberi pengecualian ujian penglihatan, kecergasan dan kelonggaran syarat ujian BMI iaitu ketetapan antara 19 hingga 20 BMI berbanding calon lain yang disyaratkan mempunyai BMI antara 19 hingga 26.
"Tiada tapisan bidang pengajian atau Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) dikenakan kepada calon KPSL itu berbanding 9,963 calon lantikan terus yang dipanggil untuk menghadiri ujian sama (ujian fizikal dan pancaindera)," katanya.
Beliau berkata SPA sentiasa bersikap terbuka dan jika ada calon yang tidak boleh menghadiri temuduga atas sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka boleh menghubungi SPA untuk memohon pertukaran tarikh yang sesuai sama ada pada waktu malam atau hujung minggu.
Sementara itu, Omar yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata beliau berharap SPA akan mempertimbangkan untuk melonggarkan syarat ujian kepada calon yang sedang berkhidmat dengan memberi peluang kedua dan ketiga sekiranya ujian pertama gagal dan mengambil kira tempoh perkhidmatan mereka.

Pengarah JPJ bertemu pelanggan di Gadek
MELAKA 18 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan mengadakan program Pengarah Bertemu Pelanggan di Padang Awam, Kampung Gadek, Alor Gajah pada 28 September ini.
Pengarahnya, Mohd. Fadhil Hassan berkata, program itu bagi membolehkan orang ramai menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengan jabatan.
Menurutnya, pelbagai aktiviti diatur khusus untuk orang ramai membuat urusan seperti pendaftaran lesen memandu warga emas bagi umur 45 tahun ke atas, pembaharuan lesen kenderaan motor, pembaharuan lesen memandu, pembayaran saman dan semakan senarai hitam.
''Kita juga akan mengehadkan pemeriksaan motosikal bagi lesen yang tamat tempoh melebihi satu tahun, di samping pendaftaran Skuad Muda 1JPJ dan mengedarkan topi keledar dan baju pantulan cahaya secara percuma," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Mohd. Fadhil berkata, bagi tujuan tersebut, JPJ menyediakan beberapa kaunter urusniaga yang akan dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.
Menurutnya, antara agensi yang akan turut serta dalam program tersebut adalah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Biro Pengaduan Awam dan Unit Aduan Awam Melaka (e-Aduan).
Beliau berkata, antara agensi lain adalah Puspakom, Jabatan Penyiaran negeri, Jabatan Penerangan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
''Orang ramai juga akan diberi penerangan mengenai prosedur berdasarkan permasalahan yang sering ditimbulkan pelanggan dan program ini juga membolehkan JPJ mendapat maklum balas mutu perkhidmatan jabatan," katanya.

Wednesday, September 18, 2013
Jakim bakal terima pakar rujuk perjelas hukum berkaitan fatwa dalam portal
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan permohonan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung perjawatan seorang felo atau pakar rujuk untuk menjawab dan memperjelas hukum-hakam berkaitan fatwa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kelulusan itu sejajar dengan pelantikan individu daripada kalangan ulama yang akan menjayakan portal khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan supaya dapat memberi jawapan lebih pantas tanpa mengambil pandangan atau mencampur aduk hal peribadi, politik atau sesuatu organisasi.
"JPA sudah meluluskan perjawatan ini dan kita telah mengenal pasti individu daripada kalangan tokoh ulama berpengalaman luas dalam perkhidmatan agama dan Jakim juga sudah membangunkan portal itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis konvokesyen Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kali ke-2 di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dan Timbalan Pengarah ILIM, Zainab Ab. Rahman.
Jamil Khir berkata, individu yang akan dilantik sebagai felo itu akan bergabung dengan pakar-pakar komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) untuk mengendalikan soal jawab berkaitan agama secara interaktif bersama masyarakat menerusi portal yang dibangunkan oleh Jakim.
Beliau berkata, pewujudan portal harian mudah rujuk itu yang akan menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Arab itu dilihat selari dengan cita rasa masyarakat masyarakat kini yang lebih suka membuat carian menerusi media baharu bagi mendapatkan maklumat termasuk hukum agama.

Saturday, September 14, 2013
JABATAN KERAJAAN PERLU BERANI LAKSANA TRANSFORMASI - KPPA
PUTRAJAYA, 13 Sept (Bernama) -- Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan perlu berani membuat keputusan ketika melaksanakan transformasi masing-masing tanpa perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata ini kerana semua agensi terbabit sudah mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan tidak memerlukan 'lampu hijau' daripada JPA.
"Sepatutnya ketua-ketua jabatan boleh mengambil tindakan, tetapi mereka tidak mahu membuat keputusan. Kalau boleh benda-benda yang boleh buat keputusan di peringkat kementerian dan jabatan, ia perlu dilaksanakan. Kita di JPA buat polisi sahaja," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan penempatan 'Cross Fertilization Program' (PCF) kepada 20 peserta, di sini Jumaat.
Menurut Mohamad Zabidi, dalam menjayakan transformasi sektor awam, JPA melaksanakan lima teras strategik iaitu Meremaja, Merekayasa, Merakyatkan, Keterangkuman dan Nilai Bersama.
Lima teras ini bukan sahaja dapat meningkatkan sistem penyampaian JPA tetapi juga imej baik sektor awam dalam kalangan rakyat, katanya.
Menurutnya proses transformasi itu yang sudah selesai dilaksana di JPA akan diperluas ke agensi kerajaan lain bermula hujung tahun ini.
Mengenai PCF, beliau berkata program itu yang dilaksana sejak 2009 dan memberi manfaat kepada 69 pegawai setakat ini merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan.
Menerusi program itu, kerajaan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan awam menerusi perkongsian maklumat, pengalaman dan kepakaran selain mewujudkan multisinergi antara sektor awam dan swasta, katanya.
Kementerian, jabatan disaran buat keputusan
PUTRAJAYA 13 Sept. - Kementerian dan jabatan kerajaan disaran melaksanakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas penjawat awam, tanpa perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, pada ketika ini terdapat ketua jabatan yang enggan membuat keputusan mengenai perkara tertentu termasuk soal tatatertib, tetapi lebih suka menyerah kepada JPA untuk memutuskan tindakan berkenaan.
''Untuk benda yang boleh dibuat keputusan di peringkat jabatan dan kementerian, tindakan harus diambil di peringkat tersebut dan tidak perlu sampai ke JPA. Di pihak JPA pula, kita buat keputusan tentang soal polisi.
''Jangan sampai segala keputusan pun ditolak kepada JPA dan apabila berlaku kelewatan, mereka menunjuk ke arah JPA juga," katanya ketika berucap dalam majlis penyerahan dokumen penempatan kepada 20 penjawat awam yang menyertai program Cross Fertilization di syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat multinasional (MNC) dan badan berkanun, di sini hari ini.
Sejak dilaksanakan pada 2009, program tersebut telah memberi manfaat kepada 69 orang penjawat awam yang berpeluang bertugas dan menimba pengalaman di GLC, MNC dan badan berkanun selama kira-kira setahun sebelum kembali bertugas di sektor awam.

Thursday, September 12, 2013
CUEPACS DESAK PENJAWAT AWAM IKUT PERATURAN DITETAP JPA
Johor Bahru: CUEPACS mendesak penjawat awam yang terbabit dalam pemilihan UMNO supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pembabitan dalam politik.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menyambut baik peringatan yang diberikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa, kelmarin kerana ia penting bagi mengelakkan penjawat awam daripada dikenakan tindakan tatatertib.

Tak halang pembabitan
“Kita tidak menghalang pembabitan penjawat awam dalam politik.
“Bagaimanapun pada masa sama, mereka harus melaksanakan tanggungjawab diberikan supaya ia tidak mengganggu proses perkhidmatan awam,” katanya kepada BH, di sini semalam.
Berdasarkan peraturan, Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 selain Pengetua atau Guru Besar dibenarkan bertanding, memegang atau dilantik ke dalam jawatan parti politik selepas mendapat kebenaran secara bertulis ketua jabatan.
Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional pula dilarang mengambil bahagian.
Omar berkata, CUEPACS berharap mereka yang terbabit dalam pemilihan parti supaya memaklumkan perkara itu kepada ketua jabatan masing-masing, selain mendapatkan kebenaran ketua terlebih dulu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Sementara itu, Omar berkata kesatuan berkenaan juga sudah mengemukakan beberapa perkara kepada kerajaan berhubung kebajikan penjawat awam untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2014.
“Antaranya mengenai kenaikan elaun bantuan sara hidup (COLA), imbuhan tetap perumahan (ITP) dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan awam daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus.
“CUEPACS berharap perkara ini akan mendapat perhatian kerajaan dalam usaha untuk terus melindungi kebajikan penjawat awam,” katanya.
BERITA HARIAN ONLINE
Najib nyatakan komitmen selesai isu tempoh pinjaman peribadi
PUTRAJAYA 11 Sept. - Perdana Menteri menyatakan komitmen penuhnya untuk mengkaji balik arahan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengehadkan tempoh maksimum pembayaran balik pinjaman peribadi kepada 10 tahun dalam tempoh terdekat.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan menyatakan demikian dalam pertemuan lebih sejam dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini hari ini.
Menurut Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah, Perdana Menteri bukan hanya memberi respons yang positif berhubung kebimbangan pihaknya terhadap arahan BNM itu tetapi berjanji untuk berbincang dengan institusi tersebut.
''Beliau juga ada menyebut untuk menyelesaikan isu itu dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman turut hadir dalam pertemuan tersebut.
Pada 5 Julai lalu, BNM menetapkan tempoh pinjaman peribadi maksimum dihadkan selama 10 tahun, manakala pinjaman pembelian rumah 35 tahun.
Sebelum ini, kedua-dua pertubuhan terbabit melahirkan kekesalan terhadap BNM kerana tidak berbincang dengan pihaknya sebelum mengeluarkan pekeliling tersebut.
Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, dalam pertemuan itu, pihak beliau dan CUEPACS mencadangkan supaya tempoh pinjaman tersebut dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga 15 tahun.
Beliau berkata, cadangan itu sesuai dengan kemampuan penjawat awam untuk membuat bayaran balik pinjaman, khususnya yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Malah katanya, cadangan tersebut akan turut membolehkan 389 buah koperasi kredit untuk kekal berdaya saing kerana sebahagian besar aktiviti perniagaan mereka adalah memberi pinjaman peribadi kepada penjawat awam yang layak.
''Kami berharap agar isu tersebut dapat diselesaikan sebelum pembentangan Bajet 2014 pada Oktober ini tetapi kalau diumumkan dalam bajet itu, mungkin sebagai hadiah kepada penjawat awam," katanya.
Sementara itu, Omar berkata, pihak beliau turut mencadangkan agar kerajaan mengurangkan kadar faedah bagi pinjaman perumahan kakitangan kerajaan daripada empat peratus kepada satu peratus.
''Cadangan itu sesuai memandangkan harga rumah masa kini telah melebihi RM150,000 sebuah," katanya.

Wednesday, September 11, 2013
60,000 jawatan akan diisi
MAHMOOD Adam (tiga dari kanan) bermesra dengan sebahagian daripada penerima surat tawaran pelantikan pelbagai jawatan, di Putrajaya, semalam.
Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, dalam tempoh lapan bulan ini, kira-kira 25,686 daripada 60,000 kekosongan telah berjaya diisikan.
"Proses tapisan masih lagi berjalan dan temuduga diadakan setiap hari, termasuklah selepas waktu pejabat dan pada hujung minggu.
"Saya percaya pendekatan proses temuduga itu akan menarik lebih ramai calon berminat untuk hadir kerana tidak semua boleh hadir pada waktu pejabat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Khas Penyerahan Surat Tawaran Pelantikan Pelbagai Jawatan di Bawah Bidang Kuasa SPA di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 258 calon diberikan surat pelantikan dan pengesahan perkhidmatan untuk 10 jawatan dalam sektor awam.
Mahmood berkata, dalam tempoh lapan bulan tahun ini, seramai 1.96 juta orang memohon untuk menyertai sektor awam dan daripada jumlah tersebut, seramai 174,574 pemohon yang dipanggil untuk proses temuduga.
"Daripada jumlah itu kira-kira 118,375 pemohon hadir untuk proses temuduga manakala 25,686 calon menerima surat pelantikan dan pengesahan perkhidmatan," katanya.
Sementara itu, salah seorang yang menerima surat tersebut adalah anak sulung bekas jaguh badminton negara, Razif Sidek iaitu Muhammad Fazril, 26.
Muhammad menyifatkan pelantikan tersebut memberi peluang kepadanya untuk berbakti kepada negara.
"Walaupun pendapatan dalam sektor swasta lebih tinggi tetapi pelantikan tersebut memberi peluang kepada saya untuk menabur bakti kepada negara sendiri," katanya.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Kos hospital kerajaan meningkat 10 peratus
PULAU PINANG 10 Sept. - Kerajaan terpaksa menanggung peningkatan kos rawatan pelbagai penyakit sebanyak 10 peratus setahun ekoran kurangnya kesedaran dalam kalangan rakyat terhadap amalan penjagaan kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, peningkatan tersebut termasuk kos pentadbiran, pembangunan dan kaedah rawatan yang diberikan kepada pesakit.
Menurut beliau, setiap tahun sebanyak RM20 bilion dibelanjakan kerajaan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi rakyat di hospital-hospital kerajaan dan klinik kesihatan.
"Jumlah ini terus meningkat saban tahun bagi merawat penyakit seperti barah, diabetes, buah pinggang, darah tinggi dan angin ahmar yang berpunca daripada amalan penjagaan kesihatan kurang baik.
"Walau bagaimanapun, ini merupakan tanggungjawab kerajaan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik dan pelbagai langkah akan dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan program Universiti Sains Malaysia (USM) Bebas Tembakau di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Nasir Mohd. Ashraf dan Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM, Prof. Adnan Hussein.
Melalui program berkenaan, USM menjadi universiti pertama di negara ini melancarkan kempen tersebut bertujuan mengurangkan tabiat merokok dan ketagihan tembakau dalam kalangan lebih 30,000 warga kampusnya seterusnya akan disebarkan kepada masyarakat.
Mengulas amalan penjagaan kesihatan yang masih rendah dalam kalangan rakyat, Hilmi menjelaskan, Kementerian Kesihatan menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi memastikan perkara berkenaan diberi perhatian.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Tuesday, September 10, 2013
Do not condemn workplace policies in public, says Public Service D-G
Civil servants cannot say anything that can potentially embarrass or put the Government in a bad light - Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
PETALING JAYA: The culture of using social media to criticise has become such a problem among younger employees, including those in the civil service, that the Public Services Department has been forced to issue a circular to remind them to desist or face the consequences.
Hence, if you disagree with a government policy or feel you were unfairly overlooked in a promotion exercise and are thinking of posting your grouses online, the advice is don’t. Public Service director-general Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal said that some civil servants had taken to Twitter, blogs, Whatsapp, Facebook and Youtube to mock government initiatives.
“We have received a lot of feedback and complaints on civil servants giving negative views on government programmes through the social media and Internet.
“They should realise that this is an offence,” he said in a letter to all ministries, state governments and agencies.
Mohamad Zabidi reminded civil servants that provisions under section 19(1) of the General Rules (Discipline and Conduct) Regulations 1993 prohibit them from making written or oral statements which can jeopardise or have adverse impact on government policies, decisions or programmes.
“They cannot say anything that can potentially embarrass or put the Government in a bad light.
“They are also not allowed to distribute information or comment on such policies in any way,” he said.
“Although government agencies have taken advantage of the social media to promote discourse and publicise their initiatives, civil servants should not use this platform to criticise the authorities,” Mohamad Zabidi said.
“Public sector employees should always remember that they are to remain loyal to the Yang Di-Pertuan Agong, the country and the government at all times.
“This is clearly stated in the laws that govern the civil service,” he said.
“I hope that all department heads will treat this matter seriously and take stern action against any individual who violates this directive.”
Those found guilty can be demoted, transferred or in the worst case scenario, sacked.
Where private sector was concerned, the Malaysian Employers Federation said that it was generally the younger employees who criticised their companies on Facebook while unwittingly identifying their workplace in their profiles.
MEF executive director Shamsuddin Bardan said employees may face strict disciplinary action if they put up workplace discussions and internal matters in cyberspace.
He said that employees should not post any material on the web, especially Facebook or Twitter, if they were unhappy with any company policy.
“If it is damaging to the company, it is already a form of misconduct and action can be taken against them, including, in certain circumstances, dismissal,” he said.
Although there is no across-the-board prohibition, law or Act to limit employees from discussing company policies on social media, the norm for the private sector is that employees are not allowed to ridicule their company or post material that can damage its reputation, Shamsuddin said.
“Certain cases had been brought to court which ruled that you cannot expose internal matters especially if you identify your workplace.”
THE STAR ONLINE
Friday, September 6, 2013
Jadikan PBT cemerlang sebagai saingan bagi tingkatkan perkhidmatan
Yahya Hussin (duduk, tengah) bersama pemimpin JKKK DUN Petagas selepas majlis penyerahan watikah pelantikan ahli MDP sesi 2013-2014 di Putatan, Sabah, semalam
PUTATAN 5 Sept. - Majlis Daerah Putatan (MDP) perlu menjadikan PBT yang lebih berjaya sebagai saingan utama sekiranya ingin menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik dalam setiap perkhidmatan diberi kepada rakyat.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin menegaskan, tidak salah bagi majlis daerah berkenaan menjadikan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang terletak bersebelahan sebagai 'musuh utama' sekurang-kurangnya selari atau lebih baik daripada mereka.
Menurutnya, menjadi tanggungjawab MDP memastikan sistem penyampaiannya cekap, cepat, berintegriti dan mesra pelanggan dan sasaran itu perlu dijadikan sebagai indeks prestasi utama (KPI).
"Bukan sekadar menguruskan sisa pepejal, kebersihan awam dan keindahan bandar tetapi fungsi sebenar mereka adalah melaksanakan projek-projek pembangunan dan kemudahan infrastruktur kepada masyarakat. Majlis ini perlu proaktif dan bertindak secara strategik untuk mencapai kecemerlangan seperti yang diharapkan rakyat," katanya.
Beliau berucap sempena Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli MDP sesi 2013-2014 di sini kelmarin.
Sebanyak 18 ahli MDP menerima watikah dan mengangkat sumpah jawatan majlis itu termasuk enam muka baharu iaitu Mahlan Zinin, Latip Jair, Yunos Asmat, Danin Momin, Lee Fong Moi dan Eddie Chua Swee Pin.
Ahli majlis daerah lain yang dilantik semula ialah Arsit Sedi, Abd. Kahar Mohd. Zain, Assan Nassip, Salmah Said, Ir. Shahelmey Yahya, Hamdan Suarah, Henry Chu Wing Siew, Ngu Woo Dung, Stephen L. Sondoh, Tony Mojigoh, Liew Lee Siam dan Helen Palait.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Tuesday, September 3, 2013
Sunday, September 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)