Johor Bahru: CUEPACS mendesak penjawat awam yang terbabit dalam pemilihan UMNO supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pembabitan dalam politik.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menyambut baik peringatan yang diberikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa, kelmarin kerana ia penting bagi mengelakkan penjawat awam daripada dikenakan tindakan tatatertib.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menyambut baik peringatan yang diberikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa, kelmarin kerana ia penting bagi mengelakkan penjawat awam daripada dikenakan tindakan tatatertib.
Tak halang pembabitan
“Kita tidak menghalang pembabitan penjawat awam dalam politik.
“Bagaimanapun pada masa sama, mereka harus melaksanakan tanggungjawab diberikan supaya ia tidak mengganggu proses perkhidmatan awam,” katanya kepada BH, di sini semalam.
Berdasarkan peraturan, Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 selain Pengetua atau Guru Besar dibenarkan bertanding, memegang atau dilantik ke dalam jawatan parti politik selepas mendapat kebenaran secara bertulis ketua jabatan.
Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional pula dilarang mengambil bahagian.
Omar berkata, CUEPACS berharap mereka yang terbabit dalam pemilihan parti supaya memaklumkan perkara itu kepada ketua jabatan masing-masing, selain mendapatkan kebenaran ketua terlebih dulu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Sementara itu, Omar berkata kesatuan berkenaan juga sudah mengemukakan beberapa perkara kepada kerajaan berhubung kebajikan penjawat awam untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2014.
“Antaranya mengenai kenaikan elaun bantuan sara hidup (COLA), imbuhan tetap perumahan (ITP) dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan awam daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus.
“CUEPACS berharap perkara ini akan mendapat perhatian kerajaan dalam usaha untuk terus melindungi kebajikan penjawat awam,” katanya.
BERITA HARIAN ONLINE
No comments:
Post a Comment