Sunday, September 22, 2013

Gred gaji penyelia Kemas sedang dikaji semula

SEREMBAN 22 Sept. - Kerajaan sedang mengkaji semula gred kenaikan gaji bagi jawatan penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, inisiatif tersebut bertujuan mengkaji semula kedudukan dan gred membabitkan penyelia dan penyelia kanan Kemas di seluruh negara.

"Kita mahu pastikan kenaikan gred ini diteliti secara mendalam supaya setimpal dengan keadaan semasa.

"Pihak kementerian telah berbincang bersama pihak Kemas dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara ini sekali gus memastikan ia diuruskan dengan baik,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis Perasmian Kompleks Komuniti Desa (KKD) Kampung Pantai, di sini malam tadi.

UTUSAN MALAYSIA ONLINE

No comments: