Friday, September 27, 2013

Kamaruddin tamat kontrak KSU 4 Okt

PUTRAJAYA 26 Sept. - Datuk Seri Kamaruddin Siaraf yang tamat kontrak sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 4 Oktober ini, diraikan dalam majlis perpisahan hari ini.

Dalam ucapannya di majlis yang berlangsung di KKMM di sini, Kamaruddin berkata, sepanjang perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam, menjadi KSU KKMM adalah yang paling menyeronokkan.

“Terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan kerana bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Saya akan terus membantu apa yang boleh untuk perkhidmatan awam selain bergiat aktif dalam badan kebajikan," katanya.

Majlis turut dihadiri Timbalan KSU (I) Datuk Dr. Rothiah Omar, Timbalan KSU (II) Datuk Che Azemi Haron, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Mohd. Ismail, Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.

Kamaruddin, 60, memulakan khidmat dalam Perkhidmatan Awam pada 1977 sebagai Pegawai Tadbir Tingkatan Biasa sebelum dilantik sebagai Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Pada 2007, beliau dilantik sebagai KSU Kementerian Penerangan (kini dikenali KKMM) sehingga bersara wajib pada 5 Mei 2011.

BERNAMA ONLINE

No comments: