Ini kerana, terdapat 1,000 kekosongan jawatan pegawai awam yang perlu diisi dalam pelbagai peringkat perkhidmatan pasukan.Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pada masa ini terdapat seramai 14,000 penjawat awam khususnya melibatkan tugasan perkeranian dalam PDRM.

"Yang sedang berkhidmat setakat ini melibatkan tugas kerani dan pengurusan sumber manusia sahaja.

"Kami perlukan penjawat awam khususnya profesional dalam bidang akaun, teknologi maklumat dan kewangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Pegawai Awam Dalam PDRM Ke-10 di Maktab PDRM di sini hari ini.

Zulkifli berkata, pengisian itu akan membantu melicinkan lagi operasi harian polis, khususnya dari segi perkongsian idea dan pengurusan.

Utusan Malaysia Online