KUANTAN 24 Sept. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan supaya tidak membekukan pengisian perjawatan dalam pembentangan Bajet 2017.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kerajaan kena melihat keperluan agensi-agensi penguatkuasaan seperti bomba, polis dan imigresen yang perlu memperluas perkhidmatan mereka untuk memenuhi kehendakemasa.
“Bagaimana mereka hendak memenuhi perkara itu jika tenaga kerja tidak ada. Ketika ini harapan pelanggan kepada agensi penguatkuasaan terutama bomba begitu tinggi sehingga mereka bukan sahaja melakukan tugas di udara, malah di laut, sungai dan di daratan termasuk memadam kebakaran hutan.
“CUEPACS mempunyai banyak cadangan yang hendak dibawa kepada kerajaan untuk persediaan Bajet 2017, tetapi pada peringkat pertama ini kami telah turun ke pelosok negara dan rungutan yang kami terima daripada agensi kerajaan adalah kekurangan kakitangan sokongan iaitu dari segi pelaksana yang hendak memenuhi tugas dan tanggungjawab di peringkat bawahan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Ke-19 Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) negeri, di sini hari ini.
Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment