Kursus Pengukuhan Pasukan bagi pelajar UKM Masterclass “Entrepreneurship”:
Program CEO@Faculty telah dijalankan di INTAN Wilayah Utara pada 23 hingga 25
September 2016. Seramai 15 orang pelajar UKM yang terdiri dari pelbagai fakulti
telah dipilih untuk mengikuti program ini. Program ini bertujuan untuk
melahirkan usahawan muda yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan kreatif
dalam memasarkan produk mereka.
Program di INTAN Wilayah Utara pula lebih menitikberatkan kaedah memupuk
semangat camaraderie di kalangan para
pelajar sekaligus merapatkan hubungan sesama mereka agar memudahkan mereka
untuk menjalankan tugasan yang akan diberikan secara berperingkat kelak. Selain
daripada itu, kursus pengukuhan pasukan ini juga bertujuan untuk
mengaplikasikan kemahiran dalam kaedah pemikiran strategik dan penyelesaian
masalah secara kreatif untuk mengatasi isu-isu serta konflik dalam pasukan
secara berkesan.
Kursus ini melibatkan aktiviti Eksplorasi Diri, Sinergi Kumpulan dan
Persaingan antara ahli kumpulan. Selain daripada itu, para pelajar turut
didedahkan dengan aktiviti i-Lead Mission dimana setaip ahli perlu mahir dalam
merancang aktiviti, melaksana dan mengorganisasi tugasan untuk mencapai misi
yang telah ditetapkan.
Penyempurnaan penutupan kursus telah dibuat oleh YBhg Tan Sri Dr. Mohd
Irwan Siregar bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. Di dalam
amanatnya YBhg Tan Sri telah memberi idea-idea baru kepada pelajar untuk
menjadi usahawan yang berjaya. Beliau turut menekankan tentang pentingnya
penggunaan teknologi dalam memasarkan produk dan memberi contoh bagaimana
kaedah promosi melalui atas talian dapat meningkatkan jualan produk. Beliau
juga turut meminta setiap pelajar yang mengikuti program ini agar dapat
membantu satu sama lain agar semua pelajar dapat mencapai kejayaan yang sama di
akhir program.
Kursus ini dilihat dapat memberi pendedahan asas keusahawanan
kepada para peserta dan dapat memberi banyak pengetahuan dan pengalaman
berharga di samping memupuk semangat
berpasukan yang tinggi.
No comments:
Post a Comment