Tuesday, November 3, 2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SUDAH sampai masanya sistem ganjaran baru kepada kakitangan awam diperkenalkan. Namun penggubalannya perlu mengambil kira semua aspek termasuklah kelemahan sistem ganjaran sedia ada.

Apa pun, pelaksanaannya mestilah memberi kesan positif. Ia hendaklah menjadi pemangkin untuk bekerja lebih kuat sekali gus meletakkan perkhidmatan awam pada tahap terbaik.

Adalah tidak bermakna jika wujud sistem ganjaran yang boleh dipersoalkan keberkesanannya lantaran kecelaruan dalam membuat penilaian prestasi kakitangan.
Akhirnya, mungkin berlaku yang sepatutnya menerima habuan hasil kerja keras tidak menikmatinya. Jika itu terjadi, niat untuk melihat perkhidmatan awam berprestasi tinggi tidak akan kesampaian.

Justeru Awang berharap satu sistem ganjaran yang benar-benar berkesan akan dapat dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Sistem itu kelak, sudah tentu juga perlu mampu mengenal pasti parasit dalam perkhidmatan awam.

Awang – Ada pengukur.

Utusan Online

No comments: