Berikutan perubahan skop fungsi tugas, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 telah ditambah baik kepada NT27, NT32, NT36 dengan kelayakan masuk sijil dari politeknik/diploma.
Penambahbaikan skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah ini adalah dengan memansuhkan gred jawatan NT17, NT22 tetapi mengekalkan gred jawatan NT32, NT36 dengan diperuntukkan Gred NT27 bagi maksud lantikan di peringkat Kumpulan Sokongan berkelayakan sijil daripada politeknik/diploma. Kenaikan taraf ini menepati prinsip kadar upah untuk kerja dan kelayakan yang diperlukan.
Skim perkhidmatan Juruteknik Gred J17, J22, J26 juga sedang dikaji oleh JPA bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).
Kajian tersebut turut melibatkan penelitian kepada implikasi struktur Perkhidmatan Teknikal dan implikasi kepada skim-skim perkhidmatan yang setara (memperuntukkan syarat lantikan di peringkat sijil dalam bidang kejuruteraan atau perancang bandar dan wilayah dari politeknik tempatan atau universiti pengajian tinggi) seperti berikut:
Struktur Perkhidmatan Teknikal / Kelayakan Gred
: Jurutera / Ijazah J41
: Penolong Jurutera / Diploma J29
: Penolong Pegawai Seni Bina / Diploma J29
: Penolong Juruukur Bahan / Diploma J29
: Juruteknik / Sijil Politeknik J17
Skim Perkhidmatan Setara / Kelayakan Gred
: Juruteknik Perancang Bandar dan Desa / Sijil Politeknik J17
: Juruteknik Ukur / Sijil Politeknik J17
: Juruteknik Landskap / SIP / Sijil Politeknik J17
: Pembantu Pemeriksa Kilang / SPM / Sijil Politeknik J17
: Penguasa Bekalan Air / SPM /Sijil Politeknik J17
: Merinyu Tali Air / SPM / SIP / Sijil Politeknik J17
JPA secara berterusan menambah baik skim-skim perkhidmatan yang berkuat kuasa sama ada dari segi keperluan perubahan syarat lantikan atau kenaikan taraf skim perkhidmatan berikutan perubahan skop fungsi tugas.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Jabatan Perkhidmatan Awam
Utusan Online
No comments:
Post a Comment