Thursday, November 5, 2009

Bonus: CUEPACS mahu penjelasan

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap mahu penjelasan lanjut berhubung kedudukan tuntutan bonus dua bulan gaji.

Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan isu tersebut pada bila-bila masa.
"Dua hari lalu, Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd. Sidek Hassan), telah berjumpa dengan saya untuk memberitahu bahawa Perdana Menteri sudi untuk bincangkan isu tersebut dengan pihak CUEPACS.

"Jadi, sekarang kita sedang menunggu perkembangan lanjut daripada beliau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tindakan CUEPACS meminta bonus daripada kerajaan adalah salah dari segi moralnya, berikutan keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

Najib berkata, walaupun tindakan seumpama itu boleh membuatkan CUEPACS popular di kalangan ahlinya tetapi dalam konteks ekonomi semasa, ia disifatkan sebagai tidak wajar.

Utusan Online

No comments: