Kursus itu telah memberi banyak pendedahan mengenai persediaan seseorang penjawat awam yang akan bersara.
JPA telah menjemput beberapa penceramah daripada agensi kerajaan dan swasta untuk memberi penerangan kepada peserta.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur. Saya juga sungguh terharu dengan sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh seorang pegawai dari Bahagian 
Pencen, Muhamad Shukran yang telah memberi taklimat yang cukup jelas dan mendalam mengenai faedah yang akan diberikan selepas berpencen dan persediaan 
yang harus dibuat oleh bakal pesara.

Kursus sebegini sungguh mustahak kepada setiap bakal pesara dan saya berharap JPA mewajibkan mereka yang akan bersara menghadiri kursus berkenaan.

KADARVELO MANIAM
Subang, Selangor

Utusan Malaysia Online