Seminar Kepimpinan Muda 2016: Nurturing Future Leaders telah
diadakan di Dewan Jubli Perak, INTAN Wilayah Utara pada 28 April 2016. Seminar
ini menghimpunkan lebih 215 penjawat awam pelbagai jabatan dari Kedah, Perlis,
Pulau Pinang dan Perak.
Antara objektif seminar ini adalah
untuk menjadikan
INTAN sebagai platform utama dalam merangsang keupayaan generasi muda sebagai
pelapis kepemimpinan negara pada masa hadapan. Ia juga bertitik tolak daripada
usaha untuk merapatkan jurang pengetahuan dan pengalaman yang kini menjadi satu
senario penting dalam organisasi di
Malaysia. Selain itu, seminar ini juga dapat memperkasa perkhidmatan awam dengan memberi peluang kepada pegawai-pegawai
muda memberi pandangan dan idea baharu demi untuk melahirkan pemimpin masa
depan yang berjiwa besar, dan menambah baik pembangunan kepemimpinan sektor
awam untuk membina kemahiran kepimpinan dan keupayaan yang sesuai mengikut
fungsi tugas bagi memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan awam yang sentiasa
berubah.
Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Mohd Bakhari
Ismail, Ketua Kluster, Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif INTAN. Sesi
Bicara Tokoh telah menampilkan YBhg. Tan Sri Datuk Seri Utama Dr. Elyas Omar,
Bapa Arkitek Pembangunan Kuala Lumpur, YBhg. Prof Datuk Razali Mahfar, Chief
Consulting Officer MYiLEAP dan Rita Dato’ Sosilawati, Pengarah Nouvelle Beauty
Centre Sdn. Bhd.
Seminar ini diharap dapat
dijadikan wadah perkongsian ilmu untuk menjana kepimpinan sektor awam melalui
transformasi diri, membentuk bakat kepimpinan muda dan melahirkan
pemimpin-pemimpin muda tanpa mengira rupa dan umur bagi memperkukuhkan sistem
penyampaian perkhidmatan.
No comments:
Post a Comment