Saturday, October 26, 2013

Jawatankuasa Fiskal kukuhkan kewangan sektor awam

BUDAYA inovasi dan peningkatan produktiviti menjadi teras utama dalam penyaluran perkhidmatan awam di Malaysia. - Gambar hiasan
DALAM memastikan kewangan sektor awam yang kukuh dalam jangka panjang, pembaharuan struktur dan pengurusan sumber fiskal secara lebih strategik adalah lebih penting. Justeru kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) dan Pejabat Dasar Fiskal (FPO) pada pertengahan Jun 2013.

Ketidaktentuan dalam persekitaran luar terus memberikan cabaran kepada perlaksanaan dasar fiskal pada 2013.

Sebagai sebuah ekonomi terbuka dan bergantung kepada perdagangan, Malaysia menerima kesan daripada permintaan luar yang lemah, harga komoditi yang sederhana dan volatiliti pasaran kewangan global.

Pada 2013, sumber fiskal disalurkan untuk menjana pertumbuhan yang berkualiti dan inklusif, mempergiatkan aktiviti pelaburan, mengukuhkan pendidikan dan latihan; meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam serta menggalakkan budaya inovasi bagi meningkatkan produktiviti.

Langkah ini dapat mengekalkan momentum pertumbuhan, menggalakkan potensi pengeluaran ekonomi domestik serta memperkukuhkan kewangan kerajaan.

Industri minyak dan gas (O&G) terus menjadi penyumbang terbesar dengan hasil cukai, diikuti sektor perdagangan borong dan runcit, pengantara kewangan dan harta tanah serta pembuatan.


UTUSAN MALAYSIA ONLINE

No comments: