Sunday, October 20, 2013

Kos sara hidup penjawat awam diatasi

SINGAPURA 19 Okt. - Kerajaan akan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi impak kenaikan kos sara hidup penjawat awam di luar negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, kenaikan kos sara hidup dilapor dialami di beberapa negara dan membebankan petugas awam yang bertugas di luar negara.

Ali berkata, perkara itu akan dibawa kepada perhatian kerajaan.

“Dalam sesi perjumpaan saya dengan penjawat awam dari sektor luar negara termasuk Wisma Putra, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, kami telah berbincang isu berkaitan perkhidmatan mereka.

“Ada juga yang membangkitkan mengenai elaun luar negeri dan sebagainya," katanya ketika ditemui di Kompleks VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, semalam.

Beliau mengulas sesi interaksi dengan pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sempena lawatan kerja ke republik itu mulai Khamis.

BERNAMA ONLINE


No comments: