Thursday, October 3, 2013

Perhimpunan Bulanan [September 2013]

Majlis Perhimpunan Bulanan INTURA telah diadakan pada 3 September 2013. Antara pengisian Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini adalah Amanat Pengarah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Zepri bin Saad. Melalui amanat yang disampaikan, Pengarah menekankan tentang pentingnya agenda transformasi yang ditekankan oleh YBhg. Tan Sri KPPA. Beliau menyeru kepada semua warga INTURA agar sama-sama menjayakannya untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam secara keseluruhannya.

Selain daripada itu tayangan video perpisahan Tn. Hj Zepri bin Saad dan Pn. Saridah bt. Abd. Rahman juga turut ditayangkan pada majlis perhimpunan kali ini. 














No comments: