Wednesday, December 7, 2016

Ab Ghaffar Ketua Setiausaha baru MOTAC


Putrajaya: Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Ab Ghaffar A Tambi dilantik sebagai Ketua
Setiausaha baharu MOTAC berkuat kuasa semalam.

  Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsah berkata, pelantikan Ab
Ghaffar yang berkelulusan Sarjana Muda Sosiologi/Sejarah (Kepujian) itu
bagi menggantikan Tan Sri Dr Ong Hong Peng yang bersara wajib.

  "Beliau (Ab Ghaffar) sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 35
tahun sejak beliau menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
pada 1 Disember 1981.

  "Ab Ghaffar mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan
pentadbiran, pengurusan perolehan dan pembangunan menerusi karier
perkhidmatannya sebagai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan
Perolehan Kementerian Kewangan, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan
MOTAC dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC," katanya dalam
satu kenyataan media di sini, semalam.

  Katanya, melalui pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki, Ab Ghaffar
mampu melaksanakan tanggungjawab yang digalas malah dapat meneruskan misi
MOTAC.


Harian Metro

No comments: