Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, tiga sektor kritikal itu melibatkan perkhid­matan awam iaitu agensi-agensi penguatkuasaan, badan-badan pengawal dan pihak berkuasa tempatan serta negeri, syarikat milik kerajaan (GLC) dan sektor swasta, terutama institusi kewangan serta perbankan.

Menurut beliau, fokus dan penekanan turut diberikan kepada tindakan merampas semula harta dan hasil rasuah agar dapat dikembalikan sebagai hasil negara sekali gus melumpuhkan secara keseluruhan punca kepada perilaku jenayah rasuah itu.

Katanya, keranca­kan operasi yang di­jalankan SPRM sejak kebe­lakangan ini telah menunjukkan hasil yang membanggakan setelah pengu­atkuasaan dilipatgandakan bermula Ogos lalu bagi memera­ngi gejala rasuah di negara ini.

“Melalui tindakan-tindakan yang agresif dari sudut pelaksa­naan operasi dan penguatkuasaan serta pe­nganjuran aktiviti-aktiviti pendidikan masyarakat secara berterusan, hasrat SPRM un­tuk menjadi sebuah agensi yang digeruni perasuah pada ma­sa yang sama mesra rakyat di­lihat semakin dirasai orang ramai.

“Ini kerana soko­ngan dan keinginan rakyat untuk berganding bahu bersama SPRM dalam usaha membanteras rasuah bertambah dan me­ningkat,” katanya semasa berucap pada Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2016 di sini hari ini,

Dzulkifli berharap segala usaha dan inisiatif SPRM mendekati rakyat me­lalui program ma­syarakat dapat me­raih kepercayaan, ke­yakinan serta sokongan rakyat selain memastikan momentum ke­jayaan dari aspek operasi dan penguatkuasaan yang dicapai kini berkekalan.

“Walaupun ada kedengaran suara-suara sinis baru-baru ini yang begitu skeptikal dalam menidakkan sokongan rakyat terhadap usaha yang dijalankan, namun seluruh warga SPRM akan terus maju ke medan perjuangan bagi mendepani sebarang bentuk kritikan dan cabaran.

“Kita amat menginginkan Malaysia be­rada di bawah 50 kelompok negara-negara terbaik dalam kedudukan persepsi indeks rasuah (CPI) yang dikeluarkan,” ujarnya.

Menyentuh mengenai program yang bertemakan Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah itu, Dzulkifli menjelaskan, pelbagai aktiviti akan diadakan bersama-sama rakan strategik bagi menyebarkan mesej benci rasuah kepada masyarakat sepanjang acara yang berlangsung selama dua hari sehingga esok.

Utusan Malaysia Online