Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, berkata sebarang bentuk pertukaran tidak boleh dinilai berpandukan kepada siasatan yang mungkin dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya lebih mengambil kira faktor prestasi serta amalan tadbir urus yang baik.
"Kita berpegang kaedah salah satu amalan di mana memastikan ketua jabatan dan wakil agensi kerajaan tidak terlalu lama di bawah satu agensi.
"Selain berisiko terhadap gejala rasuah, lebih baik mencegah iaitu dengan melakukan pertukaran (rombakan).
Seandainya rombakan membabitkan jabatan yang kebetulan di bawah siasatan (SPRM), itu hanya kebetulan, tiada niat tidak baik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2016 di Kompleks SPRM Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Naim Abu Bakar dan Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias.
Pada majlis sama, seramai 88 ketua jabatan dan 83 wakil agensi kerajaan turut hadir bagi forum 'Melaka Bebas Rasuah', bagi membentuk modal insan sektor awam yang cekap, mahir dan berkaliber selaras dengan slogan kerajaan negeri 'Berkat, Tepat dan Cepat.
Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment