Labuan; Seorang pengarah agensi Kerajaan Persekutuan yang disiasat dalam kes rasuah dan salah guna kuasa berhubung pembinaan projek bangunan dan infrastruktur bernilai RM48 juta dibebaskan daripada tahanan reman pada Jumaat lalu.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek berusia 59 tahun itu dibebaskan di Mahkamah Majistret Labuan selepas tempoh tahanan reman berakhir.
Bagaimanapun katanya, SPRM akan melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan.
Sebelum ini, SPRM menahan reman pengarah berkenaan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sekurang-kurangnya 17 saksi sudah dirakam percakapan dengan dua daripada mereka adalah kakitangan kerajaan dan selebihnya orang awam daripada beberapa syarikat kontraktor.Harian Metro
No comments:
Post a Comment